Tentang Shaklee


"Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada isi alam,
sudah tentulah kewujudan kita juga amat bergantung kepada produk
berasaskan alam semula jadi"
  - Dr. Shaklee                           


PERBEZAAN SHAKLEE

Sentiasa Selamat

Shaklee amat mementingkan keselamatan dan standard Shaklee tiada bandingannya. Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan Shaklee menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

Sentiasa Berkesan

Shaklee bertanggungjawab dalam memberikan produk yang berkesan. Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung. 

Bukan itu sahaja, malah bukti yang lebih besar jelas boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia, atlet yang telah diberi suplemen Shaklee, telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa. Juga berjuta-juta insan yang hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran Shaklee. 

Sentiasa Mesra Alam

Selama lebih daripada 55 tahun Shaklee telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, dari mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate NeutralTM bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. Shaklee juga bertanggungjawab dalam mencipta produk yang betul-betul selamat untuk manusia, rumah kita dan juga bumi kita.

“Cipta Kisah Kejayaan Anda Sendiri Bersama Shaklee”

Penentu masa depan terbaik anda, adalah diri anda sendiri. Falsafah Dr. Forrest C Shaklee, pengasas Shaklee, merupakan satu sumber inspirasi yang telah banyak mengubah gaya hidup ratusan keluarga di seluruh pelusuk dunia lebih dari lima puluh tahun lamanya.

Hakikatnya masa depan anda akan berubah bermula hari ini kerana anda telah menceburkan diri dalam perniagaan global yang berasaskan kualiti, integrity dan kecemerlangan lebih dari separuh abad. Perniagaan ini tidak hanya akan mengubah nasib anda tetapi juga banyak lagi kehidupan insan lain apabila anda berusaha membawa mereka yang ingin berjaya, ke dalam keluarga Shaklee.
Istilah berjaya, sama ada dari segi kesihatan mahupun kekayaan, adalah satu yang amat menggembirakan namun tiada yang lebih membahagiakan daripada membantu insan lain mencapai kemuncak potensi mereka.
                                                                                                  - Victor Lim, Presiden
                           
Kenapa Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam?

{  Sentiasa SELAMAT
ü  Lebih daripada100,000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan
ü  Potensi terjamin – pengesahan bahan botani daripada pihak ketiga
ü  Ketulenan terjamin – 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru
ü  100% kepuasan terjamin

{  Sentiasa BERKESAN
ü  $300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan
ü  Terdapat 70 kajian klinikal bercetak
ü  Terdiri daripada 60 saintis Shaklee
ü  Terdapat 55 paten dan paten tertunda
ü  Kajian ulangtahun ke-50 menunjukkan yang pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangka masa panjang mempunyai kesihatan ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan langsung

{  Sentiasa MESRA ALAM
ü  Tanpa perasa-perasa tiruan
ü  Tanpa pemanis tiruan
ü  Tiada pewarna atau lemak Trans
ü  Tiada bendasing tersembunyi
ü  Bukan ujian terhadap haiwan
ü  Tiada bahan-bahan yang diharamkan
ü  Tiada peluntur klorin

Produk Shaklee terbahagi kepada 4 kategori:
1.      Healthy Nutrition
2.      Healthy Weight
3.      Healthy Beauty
4.      Healthy Home

Prestasi mereka yang berjaya, 7 daripada Time-Life’s 25 Greatest Adventures of All Time menggunakan produk Shaklee:

Ø  Mt. Everest – Rakyat Amerika pertama yang mendaki tanpa oksigen
Ø  Ekspedisi Calypso dan Alycon oleh Jacques Cousteau
Ø  Voyager – Penerbangan keliling dunia tanpa henti yang pertama
Ø  Tiga ekspedisi kutub oleh Will Steger yang telah memecah rekod
Ø  Projek Daedalus – Mencipta rekod dunia untuk penerbangan yang dijana oleh manusia
Ø  Gary Hall, Jr. – Pemenang pingat emas Olimpik bagi acara gaya bebas 50 meter untuk kali ketiga berturut-turut

Shaklee juga menawarkan peluang bisnes kepada mereka yang berminat dengan 3 bentuk pelan pampasan:
1.      Wang tunai
2.      Program subsidi kereta
3.      Konvensyen kebangsaan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...