Cara Buat Papan Wawasan: 6 Langkah ke Arah
Merealisasikan Kehidupan Impian Anda
Assalamualaikum semua =)
Diharapkan ceria-ceria semua, sihat sejahtera hendaknya.. InshaAllah..
Papan Wawasan?? Macam pelik je bunyinya kan? Kikiki…
Papan wawasan = Vision Board.
Diharapkan ceria-ceria semua, sihat sejahtera hendaknya.. InshaAllah..
Papan Wawasan?? Macam pelik je bunyinya kan? Kikiki…
Papan wawasan = Vision Board.
Haa.. Tak pelik dah kan bunyinya.. hihihi..
Pernah dengar tak vision board ni?
Alamak! Tak pernah dengar? Tak tahu? Pertama kali dengar…
Tidak Mengapa..
Pssst.. Meh saya bisik.. =)
Vision board ini adalah sebuah papan yang mana kita boleh letak semua visi/wawasan yang kita nak capai dalam suatu jangka masa tertentu.. Ia juga adalah suatu alat yang berkuasa yang boleh digunakan sebagai inspirasi perjalanan ke arah kehidupan idaman anda.
Ada juga orang panggil ia sebagai papan impian ataupun dream board.
Tidak kisahlah apa yang anda panggilnya, pada dasarnya ia adalah sebuah gabungan gambar, perkataan dan petikan yang berfungsi untuk mengingatkan kita mengenai semangat dan tujuan kita.

Ok, hari ni saya ingin kongsikan ‘bagaimana cara untuk
membuat vision board’ dalam merealisasikan impian hidup kita. Jom baca!
Saya ingin kongsikan ‘6 langkah’ ke arah itu. =)
Ini adalah contoh vision board. Nak dapat ilham lagi
macam mana rupa vision board tu, cer tanya pakcik Google. Dia banyak simpan. Kihkihkih…
=D
Seperti yang anda lihat, kita tidak perlu menjadi
seorang pelukis pun untuk membuat vision board! Semua yang kita perlukan adalah
beberapa peralatan asas dan panduan untuk memulakannya.
Anda hanya memerlukan:
Ø papan
poster, papan gabus atau kanvas kecil
Ø majalah
lama
Ø gunting
Ø marker,
cat atau pensil warna
Ø gam,
salotape, paku tekan atau pin
Ø gambar
diri sendiri (ini terpulang nak letak atau tak)
Langkah 1:
Luangkan
masa selama 1 jam untuk menyiapkan vision board anda. Pergi ke satu ruang
yang tenang di rumah anda di mana anda boleh menumpukan perhatian kepada diri
anda untuk sementara waktu.
Langkah 2:
Wujudkan
suasana yang menenangkan. Mainkan muzik yang tenang, inspirasi, yakin atau
boleh memberikan anda semangat. Tutup mata anda dan ambil masa untuk merenung
matlamat dan impian anda. Anda impikan kehidupan yang bagaimana? Cuba bayangkan
seketika.
Langkah 3:
Potong
gambar dari majalah yang menunjukkan kehidupan yang kita impikan. Sebagai
contoh, jika anda ingin menjadi seorang pereka fesyen, anda mungkin boleh cari
gambar model memakai pakaian berjenama memperagakan fesyennya. Jika anda ingin
mencari pasangan romantik, anda mungkin boleh cari gambar pasangan bahagia yang
tersenyum di antara satu sama lain. Jika anda impikan rumah yang besar, cari
model rumah yang anda idamkan itu.
Langkah 4:
Letakkan
gambar diri anda di tengah-tengah board (tepulang nak letak atau tak).
Kemudian, tampal atau pinkan imej-imej yang anda telah potong tadi di papan
anda. Tidak ada "cara yang betul" untuk mengatur imej anda. Terpulang
mengikut kreativiti sendiri. Itu kan board anda, terpulang bagaimana anda nak
hias dan susunnya. Anda boleh mengisi board dengan gambar, perkataan motivasi
dan sebagainya.
Langkah 5:
Gunakan
marker untuk menulis catatan peribadi anda kata-kata motivasi board anda. Anda
juga boleh memotong kata-kata atau frasa dari majalah untuk tampal di board
anda yang boleh mengingatkan anda mengenai kehidupan yang anda impikan.
Langkah 6:
Paparkan
vision board anda di tempat yang anda selalu lihat setiap hari dan boleh
membuatkan anada rasa bersemangat untuk mencapai apa yang anda inginkan! Jika nak
nampak lebih cantik, anda juga boleh bingkaikan board anda dan gantungnya pada
dinding.
Dan SIAP!! – langkah-langkah dalam mewujudkan satu vision
board untuk membantu anda mencapai matlamat anda. Saya harap ia berguna untuk
kita semua!
*Saya mula belajar membuat vision board ni setelah saya bersama Shaklee. Shaklee banyak mengajar saya sesuatu yang bermanfaat. Alhamdulillah.. =)
Haa.., ni beberapa hari lagi kita nak melangkah ke tahun baru kan.. Elok sangat la kita buat vision board kita untuk tahun 2015. Baru la nampak sikit apa yang kita nak capai dalam tahun tu kan.. Ok..? =)

Untuk sebarang pertanyaan atau komentar, sila
tinggalkan komen anda di bawah. =)
SID Shaklee anda: 1134446
Fb: huda huda
Page: Soobee healthy beauty
Whatsapp: 011-25512256
Emel: sobihud2@gmail.com
Emel: sobihud2@gmail.com