Wednesday 29 October 2014

Permohonan Siswazah UKM Dibuka Sekarang!!

Kepada sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana atau doktor falsafah di UKM boleh la mula memohonnya. 

Permohonan ini adalah permohonan bagi kemasukan Februari 2015. 

Ia dibuka bermula 15 Oktober 2014 - 21 November 2014.

Untuk mengetahui senarai program pengajian yang ditawarkan boleh klik sini.

Mengenai yuran pengajian boleh klik sini.

Tambahan maklumat mengenai Postgraduate Programmes klik.

Untuk memohon klik.

Mengetahui lebih lanjut mengenai siswazah di UKM, boleh la melayari sini


Friday 17 October 2014

SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
3. Follow blog wawa.  *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

Birthday Giveaway by EshaZara



HAPPY BIRTHDAY 
ESHAZARA!!

Moga diberkati usia, dipermudahkan segala urusan dalam hidup.. =)

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Hipertensi dan Rawatan Alternatif

Assalamualaikum w.b.t.

Tahukah anda tumbuh-tumbuhan herba yang berada di sekeliling kita bermanfaat untuk pelbagai jenis penyakit, antaranya adalah penyakit hipertensi atau darah tinggi. Ianya mampu mengatasi atau mengurangi darah tinggi ke tahap normal.
Di sini, saya ingin kongsikan resepi rawatan alternatif bagi mereka yang mengalami penyakit ini.

Resepi 1
Menggunakan karkade. Karkade adalah sejenis teh yang berasal dari kelopak bunga karkade yang dikeringkan, atau ia lebih dikenali sebagai bunga roselle. Antara nama lainnya adalah hibiscus sabdariffa dan merambos. Ia digunakan seperti minuman teh.

Karkade yang telah dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh

Resepi 2

Minum 40g minyak zaitun atau olive oil setiap hari. Ia boleh menurunkan risiko terkena hipertensi, menaikkan kadar kolesterol yang bermanfaat dan menurunkan kadar kolesterol yang merbahaya.

Amalkan meminumnya setiap hari. Boleh juga dijadikan sebagai minyak masak
Resepi 3

Titiskan beberapa titisan minyak jintan hitam (habbatus sauda') pada minuman panas. 

Minyak habbatus sauda'

Resepi 4

Sup bubur gandum barli (talbinah) diyakini mampu menyembuhkan hipertensi. Beberapa kajian menegaskan bahawa pengambilan makanan-makanan yang mengandungi unsur potasium boleh melindungi risiko terkena tekanan darah tinggi. Gandum sebagai bahan utama bubur mengandungi unsur potasium yang boleh memberi keseimbangan antara garam dan air di dalam sel.

Sup talbinah

~happy reading~
Selamat mencuba

Tuesday 14 October 2014

Anda Mengalami Hipertensi?

Assalamualaikum w.b.t.


Kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak info tentang hipertensi. Hipertensi atau lebih dikenali dengan tekanan darah tinggi adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam arteri yang melebihi 140/90 mmHg. Secara umum, hipertensi ini merupakan suatu keadaan di mana tekanan yang abnormal tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya risiko terhadap stroke, serangan jantung dan lain-lain. 

Apakah penyebab keadaan begini berlaku?

(i) Arteri besar kehilangan kelenturannya dan menjadi kaku, sehingga tidak dapat mengembang ketika jantung mengepam darah melalui arteri tersebut. Oleh itu, darah pada setiap denyutan jantung dipaksa untuk melalui pembuluh yang sempit daripada biasanya dan ini menyebabkan naiknya tekanan. Keadaan ini biasa terjadi pada mereka yang lebih berusia di mana dinding arteri telah menebal dan kaku.

(ii) Bertambahnya cairan dalam rembesan juga boleh menyebabkan meningkatnya tekanan darah. Ini terjadi jika terdapat kelainan fungsi karang sehingga tidak mampu membuang sejumlah garam dan air dari dalam tubuh. Isipadu darah dalam tubuh meningkat sehingga tekanan darah juga meningkat. 

Selain daripada ini, terdapat beberapa lagi penyebab lain berlakunya hipertensi. 


Apakah gejala-gejala hipertensi?

Mereka yang mengalami hipertensi biasanya sering mengalami pening, muka merah, sakit kepala, hidung tiba-tiba berdarah dan tengkuk terasa tegang.

Apakah saranan bagi pesakit hipertensi?

Hipertensi boleh dianggap sebagai faktor terpenting yang membawa risiko terkena pelbagai penyakit jantung dan pembuluh darah. Orang yang berisiko terkena hipertensi adalah mereka yang mengalami berat badan berlebihan, tekanan mental atau stress. Risiko hipertensi juga mengancam orang yang banyak mengambil makanan-makanan yang banyak garam. Oleh itu, bagi mereka yang mengalami hipertensi perlulah:

(i) Mengurangi berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan perlulah menjaga berat badan yang sesuai.


(ii) Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta menjauhi makanan-makanan berpengawet.


(iii) Mengurangkan penggunaan garam dalam masakan dan tidak menambahkan garam pada makanan sewaktu makan. 


(iv) Berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan-makanan berikut kerana kandungan garamnya yang tinggi; jus tomato yang diawet, mentega bergaram, daging-daging yang diawet, keju-keju kuning dan keju-keju putih yang bergaram, kentang segera yang ditambah garam.



(v) Rajin melakukan senaman, terutamanya jogging. Ia adalah terapi yang baik sekaligus dapat mencegah penyakit-penyakit lain juga.



Disemak oleh:
Fadzilah binti Mohd Ariff
Ketua Jabatan  Kimia Pusat Asasi UIAM


Untuk mengetahui apakah resepi rawatan alternatif bagi penyakit ini, ikuti post saya yang seterusnya.

~ Happy Reading ~ 
Amalkan gaya hidup yang sihat. 
Hargailah nikmat sihat sebelum datangnya sakit.

Monday 13 October 2014

Resepi Rahsia Rawatan Sakit Gigi

Entri ini adalah sambungan pada entri sebelum ini, iaitu Sakit Gigi? Jangan Cabut!

Ada berbagai-bagai penyebab seseorang itu mengalami sakit gigi seperti gigi berlubang atau faktor usia tua yang menyebabkan keterlepasan gusi dari gigi dan meninggalkan akar-akar gigi dalam keadaan terbuka sehingga ia menjadi sensitif dengan panas dan sejuk.

Radang gusi (gingivitis), terutama yang menyebar ke struktur penyangga gigi, atau disebut periodontitis, juga menyebabkan rasa sakit yang tidak terkira. Ada pula sakit gigi yang disebabkan oleh "wisdom tooth" yang tidak tumbuh secara normal, melainkan terpendam di dalam rahang sehingga menyebabkan rasa sakit yang tidak tertahan. Dalam beberapa kes, susunan gigi yang tidak teratur kadang-kadang boleh menyebabkan rasa sakit. 

Oleh itu, antara bahan-bahan utama bagi resepi ini adalah yang datangnya dari tumbuhan-tumbuhan herba seperti mulberi, bawang putih, pokok siwak (ara) dan cengkih. 

Sekarang saya ingin kongsikan beberapa resepi terapi yang boleh digunakan bagi mereka yang mengalami masalah sakit gigi. 

Resepi 1

Bahan: 
Kapas dan minyak cengkih

Cara Penyediaan dan Penggunaan:
Apabila seseorang itu rasa sakit pada gigi, hendaklah segera berkumur dengan air suam beberapa kali untuk menghilangkan semua sisa-sisa makanan yang ada di celah-celah gigi geraham yang berlubang. Setelah itu, letakkan sedikit kapas kecil di lubang tersebut setelah dicelup di dalam minyak cengkih.

Resepi 2

Bahan:
Biji binga matahari

Khasiat Perubatan:
Biji bunga matahari mengandungi zat florida yang bermanfaat untuk mencegah kerosakan gigi (yang boleh menimbulkan sakit pada gigi).

Resepi 3

Jangan gunakan ubat analgesik (pereda sakit / tahan sakit) seperti aspirin dan novalgin dengan meletakkannya ke dalam gigi yang berlubang. Ini adalah kerana ubat-ubat ini akan membakar jaringan-jaringan lembut di dalam gigi dan boleh menimbulkan banyak masalah.

Resepi 4

Bahan:
Air

Cara Penggunaan:
Berkumur atau tuam dengan air suam atau sejuk. Yang terbaik adalah berkumur menggunakan air suam dan tuam dengan sesuatu yang sejuk di bahagian gigi geraham yang sakit.

Resepi 5

Bahan:
Bawang merah

Cara Penyediaan dan Penggunaan:
Sediakan 1 ulas bawang merah yang telah dikupas dan ambil separuh lalu letakkan pada tempat yang terasa sakit, InsyaAllah rasa sakit itu akan segera hilang. Jika sakit berlaku di seluruh bahagian rahang, maka letakkan satu ulas bawang merah pada rahang tersebut.

Resepi 6

Bahan:
Jintan hitam (habbatus sauda')

Cara Penyediaan dan Penggunaan:
Gunakan rebusan biji jintan hitam sebagai ubat kumur gigi, dan makan satu sudu sebelum sarapan pagi dan telan dengan air suam setiap hari. Sapu tekak dengan minyak jintan hitam dari luar dan gosok-gosokkan pada gusi dengan minyak tersebut dari dalam.

Khasiat: Menagatasi pelbagai masalah gigi dan tekak. 

Selamat Mencuba!

Happy reading, happy sharing





Sunday 12 October 2014

Sakit Gigi? Jangan Cabut..

Assalamualaikum w.b.t.


Sakit gigi adalah antara sakit yang boleh mengganggu seluruh aktiviti seharian

Pagi ni saya nak kongsikan ubat-ubat alternatif bagi merawat masalah sakit gigi. Ramai antara kita yang mengalami masalah sakit gigi terus merujuk pada klinik pergigian. Bukanlah ia suatu yang tidak bagus, namun sebolehnya jadikanlah rawatan hospital sebagai langkah penyelesaian yang terakhir. Keadaan ini mungkin adalah kerana masyarakat kita pada hari ini kurang didedahkan atau kurang mengetahui rawatan-rawatan alternatif atau rawatan tradisional yang menggunakan sumber alam yang Allah SWT kurniakan seperti herba-herba dan tumbuhan yang berada di sekitar kita. 

Kenapa saya lebih menggalakkan rawatan alternatif? 

Ini adalah kerana sekiranya masalah sakit gigi dirujuk pada hospital atau klinik pergigian, antara penyelesaiannya mungkin gigi akan dicabut. 




Inilah yang dirisaukan dan perlu dihindari. Mengapa?

Tahukah anda setiap gigi kita memainkan peranan penting dalam menyebut sesuatu perkataan atau huruf. Jika hilang satu, maka hasil percakapannya juga akan ada sedikit celanya. Begitulah juga betapa pentingnya peranan gigi dalam menuturkan kalam Allah. Dalam menuturkan sesuatu kalam ada makhrajnya, iaitu tempat keluarnya. Indahnya ciptaan Allah SWT yang menciptakan sesuatu dengan fungsi yang sangat baik. Sebagai contoh huruf-huruf yang berkait rapat dengan penggunaan gigi dan memainkan peranan yang sangat penting adalah:

Ø« ، Ø° ، ظ       : Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
ت ، د، Ø·        : Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
ص ، ز ، س    : Hujung lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
Ù†                  : Hujung lidah ditekan ke gusi hadapan
ر                  : Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan
Ù„                  : Sisi tepi bahagian hadapan lidah (kiri / kanan) ditekan ke gusi hadapan
ض                : Sepanjang sisi tepi lidah (kiri / kanan) ditekan ke geraham atas



Tidak percaya? 

Cubalah sebut satu persatu huruf-huruf di atas ini. Benarkan? Semuanya memerlukan gigi untuk menyebutnya dengan sempurna. 

Terdapat pelbagai sifat sakit gigi. Ada yang sakit atau rasa ngilu terus menerus, dan ada yang baru merasa sakit apabila makan atau minum sesuatu yang panas atau sejuk. Apakah penawarnya selain dari rawatan di klinik?

Untuk mengetahui resepi penawar sakit gigi, ikuti post saya yang seterusnya. Sayangi gigi anda. Ia adalah aset yang amat bernilai dalam kehidupan. Hilangnya tiada ganti. 



~ Happy Reading ~

First Segmen Bersama Sara Liyana




            L
           I
           Y
           A
S A Y A N G
                                                                        K         A
                                                                     S A R A
                                                                        K


Selamat Berkenalan.. =)

Bersuami Tua

Assalamualaikum w.b.t. 

Sejak akhir-akhir ini, saya lihat dan dengar ramai wanita bersuamikan dengan seseorang lelaki yang jauh lebih tua darinya. Saya tak pasti sama ada ia adalah satu trend masa kini atau apa. Tapi yang pastinya itulah jodoh mereka. Tapi jodoh itu kan dicari. Memanglah ia telah ditetapkan oleh Allah, tapi ia melalui pilihan kita. Jadi, apakah faktornya yang menyebabkan ramai kaum wanita sekarang sukakan seseorang lelaki yang jauh lebih tua darinya untuk dijadikan suami?

Mengikut pemerhatian dan soal selidik saya terhadap beberapa kawan perempuan saya yang gemarkan lelaki lebih tua, mereka mengatakan menikahi lelaki lebih tua banyak manfaatnya. Antaranya adalah lelaki lebih tua lebih banyak pengalaman. Yela, dah banyak makan garam kan, lebih lama hidup berbanding kita. Banyak la pengalaman. Selain itu, kewangan dah mantap. Kukuh dah la, keje dah elok, kewangan stabil la. Lagi, lebih penyayang. Tak tau la penyayang macam mana kan. yang tu je la kebanyakannya cakap. Cinta ditangga yang ke berapa, entahla. Rupa dah tolak tepi. Kalau yang segak rupa parasnya, itu adalah suatu bonus pula. 

Apa-apa pun, semuanya ada baik buruknya. Kalau bab yang negatif pulak, kalau bersuami lebih tua ni, ada yang perlu dikorbankan contohnya kegemaran. lelaki tua kegemarannya macam orang tua la kan. Ikut taraf umur dia la, dah zaman dia. contohnya suka dengar klasik fm. hihi.. haa, kene terima je laa. Melainkan kalau mereka berjiwa muda. Dalam perhubungan ni macam tu la, kena saling memahami, tolak ansur. 

Bersuami lebih tua yang saya maksudkan kat sini bukanlah suami orang, tetapi lelaki yang lebih berumur dan masih bujang. Sesiapa yang ada berkenan lelaki jenis ini, itu citarasa kamu, ok. Tidak ada masalah, Tetapi, kalau boleh elakkanlah dari memilih suami orang. Seboleh-bolehnya, elakkanlah. Banyak perasaan yang akan terluka. Banyak juga yang perlu dikorban dan terkorban. Melainkan jika persepakatan telah dicapai antara dua pihak. 

Sebenarnya, tidak salah memilih siapa juga sebagai pasangan hidup, biarpun dia muda ataupun tua, berharta ataupun tidak, tetapi yang lebih dituntut adalah kejujuran, persefahaman. Harta, pangkat dan kedudukan boleh dijadikan sebab, tetapi keihklasan tetap sangat diperlukan. Bukan sahaja untuk perkahwinan 'unik' seperti ini, tetapi juga oleh perkahwinan biasa. Berkahwin namanya, ia bermakna perkongsian hidup. Dan apabila berkongsi, perlulah bersedia untuk bersama-sama mengharungi apa jua keadaan, baik ketika sedih, gembira, bahagia mahupun derita.

Sebelum hendak melangkah ke alam pernikahan, periksal balik niat kita hendak menikah dengannya. Agar apabila sesuatu masalah mendatang, boleh imbas kembali niat kita sebelum itu. Dan perbaikilah keadaan. Ini kerana, semua amalan dan perbuatan bergantung pada niat. Jika baik niatnya, InshaAllah baiklah kesudahannya, jika sebaliknya, wallahua'lam, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah SWT. 

Saturday 11 October 2014

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A


Jom JOIN!! Cuma perlu klik pada banner atas ni. =)

Puisi Cinta Emas

Matamu, sinarnya menyinari hati
Senyumanmu, manisnya memukau sanubari
Tuturmu, lembutnya amat mendamaikan
Lalu, aku pun hilang 
Hilang dalam keindahan rindu bersamamu.

Ingin sekali aku ungkapi
Isyarat hatiku dengan sempurna
Agar kau mengerti
Agar kau sedari
Keadaanku yang memujamu.

Sungguh, kenangan itu hanyalah satu arca
Yang kabur dan tersisih
Bila impian tak tersurat
Bila luka kian melarat
Khabarkan kepadaku
Apa lagi yang tertinggal.

Tiada lagi melainkan 
Sebuah pengalaman cuma
Paling memilukan
Sangat terluka
Amat menyakitkan.


Quotes Cinta Emas

Hargai cinta anda, mahalkan sedikit harganya,
agar apabila anda merelakan ia dibeli oleh seseorang, 
dia amat menghargainya.

Cinta, ia bahasa yang sukar dimengerti, 
namun ia wujud dalam setiap jiwa yang menghargainya.


Selamat bercinta semua! Dan selamat mencari cinta. Cinta Allah adalah paling utama.
Jom!! kita sama-sama membina hati bahagia.

~ Happy feeling ~

Friday 10 October 2014

Alam Tanpa Lelaki


Siapa yang suka? angkat tangan! hehe.. 

Kalau la aku tak berfikir dengan waras, Aku la orang yang paling suka kalau alam ini tanpa lelaki. Tapi laki yang jahat-jahat la. Yang suka menganiaya perempuan, memperlekeh, merendahk-rendahkan perempuan. huuh. Tak suka la lelaki macam tu. 

Helloo lelaki-lelaki yang suka memperlekeh kaum hawa ni.. Tau la, kaum hawa ni kaum yang lemah, janganlah kamu tindas. Kalau tak, baik tak yah jadi lelaki okei? Cari maksud atau definisi lelaki. Macam mana sebenarnya lelaki. Bantu la kaum hawa, bela lah mereka. Kalau salah, tunjukkan cara yang betul. Ok? Tapi lelaki-lelaki kat sini, tak macam tu kot, baik-baik semua kan? hehe. InshaAllah..... 

Bayangkan alam ini tanpa wanita, Semuanya lelaki. Tentu bosan jugak kan. Bayangkan pula kalau alam ini tanpa lelaki, Tentu bosan jugak kan. Dan tak berjalan lah dakwah dan tarbiyah kan?

bosannyaa

Jadi, sebab itu lah Allah SWT ciptakan lelaki dan perempuan kat alam ini. Apabila alam ini dipenuhi oleh lelaki dan perempuan, maknanya hidup ni adalah suatu perkongsian, Perkongsian antara lelaki dan perempuan, antara manusia dan haiwan, perkongsian dengan tumbuhan. ehehe.  Fokusnya kat sini, perkongsian LELAKI dan PEREMPUAN. Secara semula jadinya, lelaki memerlukan wanita, wanita juga memerlukan lelaki. Semuanya saling memerlukan kan? Inilah namanya fitrah, bukan zakat fitrah ye. muehehe. Menolak hakikat ini, maknanya menyalahi fitrah kejadian lah. 

Hidup ni kita perlu lihat sebagai detik perkongsian suka dan duka, Semuanya dialami, dikongsi dan dinikmati bersama. Semua yang kita suka, tapi pasangan tidak suka, berusahalah kurangkannya. Janganlah buat kepala sendiri je. Kenalah mengalah, tolak ansur. Api takkan padam kalau cuba dipadam dengan api jugak. Padamlah api dengan air. Maknanya kalau sorang tu dah api, janganlah kita pun jadi api jugak, jadilah air. Next time, kalau kita jadi api, dia pulak jadi air. Haaa, gitu dia. Tapi kalau kita je asyik jadi air, parah jugak kan. huhu.

kan comel je tu sharing kan. kihkih

Kalau lah haiwan boleh menjaga disiplin diri untuk hidup bersama manusia, takkanlah manusia tak boleh nak disiplinkan diri hidup sesama mereka. Tambah-tambah lagi manusia adalah satu-satunya hidupan yang ada akal, agama sebagai panduan hidup, falsafah, mutiara kata, nasihat-nasihat lagi. Haa, amik la benda-benda ni semua sebelum buat sesuatu tindakan.

Jadilah manusia yang sebenar-benar manusia, manusia yang selalu dahagakan peringatan, inginkan kebaikan. DAN:
  • Usah terlalu berkira, supaya kita pun tidak terlalu dikira
  • Usah harapkan orang memberikan kata-kata sayang sedangkan kita sendiri pun lokek senyuman
  • Usah kuat mempertikai, kadang-kadang terimalah seadanya
  • Usah terlalu mengikut kehendak hati tetapi berhati-hatilah sewaktu bebicara dengan hati sebab di situlah duduknya syaitan
  • Usah terlalu mengharapkan sesuatu yang mungkin tak dapat dicapai, sebaliknya hargailah apa yang telah berada di genggaman
Jalani hidup kita dengan tenang, bahagia, ceria dan gembira. Ambil semua elemen positif di sekeliling kita sebagai booster kecemerlangan hidup.

Hidup sentiasa indah bagi orang yang hatinya indah. Bukan INDAH HARLINA yer.. :p

Thursday 9 October 2014

GiveAway by Gobokita : Aksara Biru


KLIK BANNER untuk turut serta okei! 

=)

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Beginilah Hidup

Facebook Lifebook

Sukar untuk aku memahami turutan kehidupan ini. Kerana hidup tidak sekadar mendengar ataupun melihat tetapi merasai. Merasai pahit manisnya sebuah kehidupan. 

Sebuah ukiran masa lalu yang menyakitkan akan tetap melekat sampai bila pun dan aku tidak pernah tahu bagaimana semua itu harus luput dari ingatanku.

Orang yang berjaya dalam kehidupan adalah orang yang tetap sejuk di tempat yang panas, tetap manis di tempat yang begitu pahit, tetap merasa kecil meskipun telah menajdi besar dan tetap tenang dalam menghadapi badai.

Kehidupan manusia itu ibaratnya seperti sebuah buku, kulit depannya tercatat nama dan tarikh lahir, tiap lembar adalah tiap hari dalam kehidupan. Ada buku yang tebal dan ada buku yang nipis. Ada yang seronok dibaca dan ada yang tidak.

Seburuk apa pun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman baru yang putih bersih. Sehitam apa pun masa lalu kita, Allah selalu memberikan hari ini untuk memperbaikinya. Namun, setiap lembaran itu tidak patut disia-siakan, sebab tak seorang pun tahu berapa lembar lagi yang masih berbaki baginya.

Orang beriman sentiasa memperbaiki dirinya menjadi lebih baik.

Moga yang hitam menjadi putih.

Teruknya Aku!

Hai awak-awak,

Kenapa tajuk "Teruknya Aku"??

Itulah yang aku rasa bila terkenangkan kisah silam ku, Zaman Hitam. Zaman Kejatuhan. Ini masa kebangkitanku pula. Sudah-sudahla tu berada di takuk lama. Kita perlukan perubahan. Hijrahkan lah diri kita pada sesuatu yang lebih baik. Tak kisahlah apa sekalipun, akhlak ke, pergaulan ke, sikap ke, ape-ape je la yang kita rasa tidak baik, "oh! I need to change my lifestyle" - Contohnya laa. =)

Aku ada zaman hitam aku. Bila aku terkenangkannya, "Oh! aku BENCI perkara yang pernah aku buat, benci sangat-sangat, kadang-kadang rasa benci diri sednriri". huhu. OOooppss!! (Janganlah benci diri sendiri.. Please dear.. Kalau benci diri kita, nak tukar diri kita dengan apa pulak? mueheh. Kalau benci perangai atau perbuatan kita, boleh la diubah. So, Sayangi diri sendiri.) Aku pun pernah alami zaman jatuh teruk, terduduk, tak boleh nak bangun, suatu ketika dahulu. Aku bangun slow-slow, bukan senang oi nak bangun, sakit! berapa kali jatuh, berapa banyak air mata yang mengalir. Sekarang pun aku sedang bangkit. Kita sebagai manusia biasa, memang sering lakukan kesilapan. Nama pun insan kan, sifatnya pelupa la, kena la selalu diberi peringatan. Kalau tak, jatuh lagi. Nauzubillah.... Tak Sanggup dah aku. huhuhu. 

Aku pasti semua orang ada zaman gelapnya. Jangan putus asa, jangan rasa diri tak berguna. Yang lepas biarlah lepas. "Life Must Go On" my dears... 


Nanti ada la pulak suara-suara yang berbunyi, "Ko tak rasa, senang la ko cakap. Aku yang alami ni, aku yang tanggung". Come On! dear... Wake Up!! Memang, kita rasa hidup kita la paling teruk, paling malang. Sebab apa? sebab kita tak tengok orang yang lagi susah, lagi teruk keadaannya dari kita. Ramai lagi yang lagi teruk keadaannya dari kita. Hatta dalam bab dosa pun, mungkin ada yang rasa dia la paling teruk, contohnya; pernah berzina, mengandung anak luar nikah, menggugurkan kandungan, membunuh dan lain-lain lagi. Tapi manusia boleh berubah. Tinggalkan persekitaran lama. Bangun! Bina kehidupan baru, persekitaran baru. Cari kawan-kawan yang boleh membantu untuk kita berubah. Janganlah sampai fikir nak bunuh diri pulak. Sia-sia la hidup. Kesian mak bapak kita jaga kita dari dalam perut lagi. Kehadiran kita dinanti, takkan lah senang-senang je kita nak musnahkan kebahagiaan mereka yang menanti kita suatu ketika dahulu. 

(Do contact me, if you wanna share something. My ears always ready for you. Cewaahh!! Konon je laa.  Eh! tak, betol-betol ni, aku betol-betol maksudkannya. Aku ni bukanlah bagus sangat, tapi setakat nak tolong dengar, share-share something tu boleh laa. Sebab kadang-kadang aku pun perlukan seseorang tuk luahkan sesuatu.)


Awak-awak yang kat luar sana, yang mungkin rasa tak pernah alami situasi teruk dalam hidupnya, jangan lah pandang rendang, pandang hina kepada kami yang nak bangun baiki hidup ni. Ingat! mungkin kamu masih belum diuji. AWAS! dengan kata-kata yang keluar dari bibir mulut anda, semuanya akan diuji. 

baby pun pernah rasa 'teruknyaa' bila menangis tak henti-henti

Senyum. Jauhi busuk hati. Istighfar. Muhasabah diri. Semuanya nak masuk syurga Allah kan..  =)

Happy reading. Don't Give up!!  

Wednesday 8 October 2014

You Know Me??

You know me? really??

Yes!! No!! You just only know my name, not my story.

Betul tak? Aku rasa semua pernah rasa keadaan ni. Bila semua orang cakap pasal kita, judge kita, jaga tepi kain kita dan bla bla sewaktu dengannya, heheh. Annoying je rasa. OOppss! sorry... mereka yang cakap-cakap pasal kita tu semua sebenarnya sayangkan kita. Betul tak? Sebab mereka amik tau semua pasal kita.

Caring nyerr awak-awak semua. Terima Kasih.. Amat dihargai.. Terasa diri disayangi bila free-free je dapat pahala. muehehe..

No need la nak cakap-cakap kalau awak-awak semua tak tau hal sebenar. okkei?

You know my name. (Only my name).
Not my Story.
You've heard what I've done,
Not what I've been through.

Bak kata Kak Jia (someone that I love her quotes): "Being judges is the most easy way to become a haters. They hate everything about you. They are absolutely exaggerate small things become so huge and make it complicated. It shows how dirty their mind and heart!!"

Please la respect kehidupan orang, jangan suka sangat nak menghukum orang. kalau dah suka sangat nak jatuhkan hukuman kat orang, apakata awak-awak jadi lawyer. hehe. Tapi, lawyer pun mau adil maa.. mana bleh jatuh hukuman tanpa usul periksa. LOYAR BURUK boleh laa. kihkih.


(haa! amik kau, suka sangat judge orang! kihkih)

Make SURE!! Kita tak macam mereka ye, kalau tak, sama je la kita dengan mereka, 2x5, 5x2. haaa.. tetap jawapannya 7. 10! kihkih..

Happy Reading. Keep Calm and say Alhamdulillah.. =)

Thursday 2 October 2014

Post Permulaan

Hi guys,



Ni post pertama aku untuk blog ni. Sebelum ni, ak dah ada blog. Tak tahu la kenapa tetiba rasa nak buat blog baru. Apa yang aku nak tulis dalam blog ni ye? Secara khususnya aku pun tak pasti lagi. Yang pastinya, aku akan tulis apa saja yang terlintas dalam kepala otak aku ni, yang aku rasa patut tulis la. Bukanlah sesuatu yang terlalu peribadi. kihkih.. 

Aku harap tulisan aku kat sini dapat mendatangkan kebaikan kepada aku sendiri terutamanya, dan sesiapa yang membacanya. 

Sebenarnya aku tulis blog ni, untuk menaikkan semangat aku untuk berubah jadi lebih baik. - rasa dah terlalu hanyut. hukhuk. :-/ aku nak tulis tindakan aku untuk berubah jadi lebih baik. harap korang tolong la aku ye. Bagi semangat kat aku. 



Lagi? aku tulis blog ni sebab ni salah satu medium aku untuk bercakap. Memandangkan aku ni kurang bercakap. Malu la ssangat kononnya. Malu tak bertempat tak berguna jugak cik kak oii! Rugi diri sendiri. Macam mana nak maju. hukhuk. 



Lagi? apa lagi ye?? 
Tak tau la apa lagi aku nak merapu ni. Ok la, setakat ni je la dulu. 





Mintak diri dulu. hikhikhik. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...