Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Sunday, 21 December 2014

Dilema Perniagaan MLM

Masih dilema dengan produk Shaklee, jom baca sedikit info..
Ø  Sejujurnya saya memilih menjadi ahli shaklee bukan niat untuk membina jaringan atau membesarkan jaringan, hanya sekadar menjadi ahli, kegunaan diri sendiri dan jual, yang utama semestinya untuk kesihatan diri dan keluarga.
Ø  Tidak dinafikan setiap pembelian pasti ade UV (unit value), PV (purse volume), DN (Distributor Net), RP (Reatail price).untuk 'Pengedar', 'Ahli' dan 'Kumpulan'.
Ø  Dalam shaklee bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau register orang, dapat imbuhan kan? pernah tahu tak? Sebab tu kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk sebab tengok orang ramai masuk. Jangan! Itu salah!

Jom Baca info sebagai perkongsian bersama:

*      Adakah Shaklee MLM yang mematuhi Syariah?
Sebelum ini, saya memang amat berprasangka buruk dengan MLM. Memang tidak suka la. Dengar MLM, teruk buka seribu langkah. Betapa tidak sukanya saya dengan perniagaan MLM. Tapi itu dulu-dulu la... sekarang? Hehe.. Saya pulak dah terjebak sekali dengan MLM. MLM di Malaysia sebenarnya disalah ertikan seolah-olah semuanya skim piramid yang menganiaya downline. Itu jugalah apa yang saya faham sebelum ini. Kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline. Rasa teraniaya je kalau jadi downline. huhu.

Saya jadi ahli Shaklee pun, bukanlah niat asal untuk berniaga tapi sebab saya sudah suka dengan produk-produknya. Bila kaji sistemnya, alhamdulillah.. MLM yang sangat adil. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak ke mana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau register orang, dapat imbuhan, kan? pernah tak tahu? Sebab tu kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk sebab tengok orang berbondong-bondong masuk. Jangan! itu salah!

Ok, cerita panjang-panjang ni, jom semak kriteria MLM yang mematuhi Syariah yang telah digariskan oleh Ustaz Zaharuddin.
1. Harga tinggi dari biasa
- Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah.

2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
-Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan.

3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti dan sebagainya).
- Produk Shaklee dikenali lebih 60 tahun. Ia sangat berkualiti berasaskan penyelidikan sains. Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.

4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.
-Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.

5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
-Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti

6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
-Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat

7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Syariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
-Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal

8. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
-"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung.

9. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
-Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee

10. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi
-Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas

Saya tak cadangkan anda join MLM kerana terikut-ikut orang.
Sebelum join mana-mana MLM, pelase cari dulu info, maklumat.
Sebelum buat apa-apa, memang kita kena ada ilmu walau sedikit.
Jangan menyesal di kemudian hari setelah banyak pelaburan yang anda buat.
Siasat dulu, jadi detektif Conan kejap. hihi.

Ok, selamat mengkaji, selamat menimba ilmu. =)






Tuesday, 16 December 2014

8 Faktor, Shaklee Pilihan Saya


Assalamualaikum semua.. moga-moga hari ni, semua ceria-ceria ye.. =)

Jom cipta aura positif. Nyahkah aura negatif jika ia boleh jadi racun dalam hidup kita..

Harini Huda nak share kenapa Shaklee menjadi pilihan Huda, walaupun baaaanyaak lagi supplement lain kat dunia ni kan. hihi.. Sharing2 pagi ni.. =D

1) Sebab saya dah 'JATUH CINTA' dengan effect product.
Mula-mula jatuh cinta dengan Ostematrix. Lepas tu, jatuh cinta dengan Vitamin Kecantikan Shaklee, seperti Vitamin C, Vitamin E, ESP. Semuanya berpakej, makan untuk sebab lain, tapi berkesan jugak untuk sebab lain. Alhamdulillah..

Saya yakin dengan keberkesanan vitamin semulajadi Shaklee sejak dari pertama kali saya makan.

2) Produk Shaklee PELBAGAI.
Yang seronoknya, vitamin Shaklee ada banyak pilihan. Dah la tu, selain vitamin, Shaklee juga ada 'Set Get Clean' untuk rumah, 'Nutriwhite' & 'Enfuselle' untuk penjagaan kulit dan 'Prosante' untuk rambut. Boleh pilih-pilih. Semuanya tahan lama.

3) Sentiasa 'SELAMAT', 'BERKESAN' dan 'MESRA ALAM'
Bila dah pakai, guna sendiri, memang dapat rasa perbezaannya. Berkesan dan yang paling penting tiada silika gel menunjukkan bahawa ia adalah semulajadi.
Dan HALAL serta mendapat kelulusan KKM.

4) Cash BONUS
Beli vitamin untuk makan sendiri dan ahli keluarga, tengah bulan nanti dapat cash bonus. Best kan?

5) Nak ada INCOME sendiri
Bisnes Shaklee boleh dilakukan secara part-time atau full time. Tu yang bagusnya. Sesiapa pun boleh buat, duk rumah pun boleh buat. Sekarang saya buat bisnes ni dari rumah je. Jadi, suri rumah, pelajar dan orang yang bekerja, semua boleh buat. Masa pulak flexible.

6) Pelan Pemasaran yang ADIL
Dalam Shaklee, semua pengedar berhak dapat BONUS, setimpal dengan usaha mereka. Tiada istilah upline goyang kaki, downline kerja keras. Kat sini, siapa yang usaha, dia yang dapat.

7) Bisnes BERMENTOR
Selain dari product knowledge dan pemasaran product, saya turut ditekankan dengan amalan kerohanian. Semuanya dibimbing. Kalau tak tau, tanya je.. Semuanya akan dijawab. Takde lah terkial-kial sorang-sorang. Alhamdulillah, saya berada di dalam kumpulan yang sangat positif auranya. Terasa juga diri sentiasa dekat dengan Yang Maha Memberi sejak join bisnes Shaklee ni kerana sentiasa diingatkan supaya berdoa, berusaha, bertawakal dan berserah kepadaNya agar bisnes sentiasa berjaya dan maju. Bisnes yang baik adalah bisnes yang semakin mendekatkan kita pada Allah.

8) BANTU Orang ramai
Ni lah salah satunya cara mudah nak dapat pahala kan. Bantu orang lain. Disebabkan saya dah rasa keberkesanan produk Shaklee, jadi saya nak jugak bantu orang lain rasa macam yang saya rasa. Saya nak bantu orang lain untuk sihat jugak. Kita tolong2 orang, InshaAllah nanti orang tolong2 kita pulak. Kalau orang tak tolong2 kita, Allah kan ada.. Selalu tolong kita. hehe.

*Beli untuk kegunaan seiisi keluarga….tapi tiap2 bulan dapat bonus…. best kan.. hihi.. nak biz pun boleh…order pun senang jer, main klik2 jer..
*Mula-mula saya makan sendiri-sendiri je, bila terasa kesannya, why not suggest orang lain untuk cuba jugak. Benda baik, tak elok simpan sorang-sorang, kenalah sebar luaskan. hehe.
Ada yang berminat nak sertai saya? boleh pm/whatsapp 011-25512256 untuk maklumat lanjut..



Maaf, Saya Sudah Terjebak dengan Shaklee

Assalamualaikum semua.. moga ceria2 semuanya.. =) 

HOT Question to me..


Ramai yang tanya macam mana saya boleh terjebak dengan Shaklee...


Saja nak share pasal ni hari ni, sebab dah ramai sangat yang tanya. hehe.

- Mula-mula saya terjebak dengan Shaklee sebab saya alami masalah kurang kalsium. Memang cukup masalah. Nak scaling gigi pun, doctor biasa tak berani buat. suruh rujuk pakar. Lepas tu, doktor nasihatkan saya ambil supplement kalsium.
- Pegi farmasi cari supplement kalsium. Pharmacyt tu bagi beberapa biji kapsul untuk 1 minggu katanya. Lepas tu, saya tanya kalau untuk sebulan xde ke?
Haaa..., lepas tu die bawak keluar la satu botol supplement. Tertulis kat depan tu, ostematrix Shaklee. Dia bagitau setakat ni, ini lah supplement kalsium yang terbaik. Apa lagi, terus grab la. Dah pharmacyt yang cakap kan, memang percaya la.
- Lepas 1 minggu makan, memang terasa beza nya. Ni la effect ambil supplement ni.. Memang awesome kesannya.. Pakej terus. Bukan setakat gigi je kuat + tulang pun kuat + ringan sangat2 badan bila bangun pagi. Takde dah sakit2 pinggang, sakit belakang.
- Mak pun makan sekali.. Mak cakap memang betol la.. ringan nya rasa badan bila bangun pagi. Senang nak buat kerja rumah. Sakit belakang pun banyak dah kurang.
- Alhamdulillah, saya dah jumpa supplement terbaik untuk saya dan keluarga. Sekarang saya dan keluarga telah amalkan supplement Shaklee untuk kesihatan jangka panjang.

Jika anda pun berminat ingin memilih supplement ini sebagai makanan tambahan keluarga anda,
boleh Whatsapp huda 011-25512256. Kita sembang2 nanti. hihi.. 

Monday, 15 December 2014

11 Info Superb Awesome Collagen Shaklee Perlu Anda Tahu..!


Assalamualaikum... =)

Moga sihat, bahagia sume si readers cantik dan handsome ni..

Pssst.. Tahu taak?? Bulan ni Shaklee buat promosi Collagen..!! Promosi mengejut ni.... 
Sape nak try tu, boleh la try sekarang, kalau tak, kena tunggu lama laaaa. Masa murah ni la masa sesuai tuk grab kan.. hehe..

Tak tau apa tu collagen Shaklee.. Meh2.. huda cerita2 sikit.. =)

1. Apa kandungan collagen shaklee?
- Kandungan utama collagen shaklee adalah dari sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain.

- Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

- Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.

- Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.

- Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga dikenali sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.

- Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

- Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya collagen shaklee?
- Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen. 
- Kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 
- Kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. - Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil ?
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. 1 kotak mengandungi 15 sachets di mana setiap sachet mengandungi 15mg.

4. Berapa lama collagen shaklee boleh tahan?
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Macam mana cara makan collagen shaklee?
Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 
 - jus twister tropicana + collagen 
 - Milo/Serbuk Coklat Cadbury  +collagen
- any fruit juice  + collagen
Pengguna bebas nk campurkan collagen dengan mana2 minuman. Asal sedap sudah :)  

6. Berapa harga collagen shaklee?
Meh bisik2 dengan huda kalau nak tau harganya.. =)
Jangan terkejut, mahal?? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan collagen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

7. Siapa sesuai ambil collagen shaklee?
Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tp rasa tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 

9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari  berturut2 jika tiada kesan kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba. 

11. Berapa lama boleh nampak Kesan ?
Kesan Shaklee collagen powder berbeza-beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke 3 dah rasa kulitnya lembap dan moist. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama.
Antaranya seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya selama 8 minggu.
Bukan itu sahaja, anda pasti tampil lebih seksi dihadapan suami nanti kerana kesan Collagen Shaklee menjadikan anda lebih anjal dan gebu !!


Tuesday, 25 November 2014

16 Q & A Bisnes Shaklee

Berikut Q & A yang kerapkali diajukan.


1) Apakah Shaklee?
Shaklee merupakan peneraju perniagaan & pembuatan suplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia,
berusia lebih 55tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen,
Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain. Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my

2) Adakah Shaklee halal?
Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan
diiktiraf JAKIM

3) Bagaimana saya boleh menjalankan perniagaan Shaklee?
Keahlian seumur hidup Shaklee boleh didapati dengan 3 cara :
1. Bayaran yuran RM75 (Semenanjung) / RM85 (Sabah & Sarawak)
2. PERCUMA dgn pembelian RM680 produk+*caj pos RM10(Semenanjung)/*RM20(Sabah & Sarawak)
*TIADA caj penghantaran untuk pembelian produk Vivix
3. PERCUMA dgn pembelian produk bernilai RM800 (Semenanjung) / RM1000 (Sabah & Sarawak)

4) Adakah keahlian saya boleh tamat tempoh?
Untuk memastikan keahlian kita aktif, kita perlu membuat sekurang-kurangnya pembelian 1 produk
dalam tempoh setahun. Contohnya, produk termurah di Shaklee adalah Zinc Complex (120 biji) = RM27.
Beli 1 botol Zinc Complex pada tahun 2014, maka keahlian anda aktif untuk tahun tersebut. TIADA bayaran
untuk memperbaharui keahlian, hanyalah pembelian 1 produk sahaja dalam tempoh setahun.

5) Bolehkah saya memulakan bisnes ni dengan modal 0?
Boleh. Kumpulkan pesanan dari rakan, saudara atau pelanggan sehingga mencapai RM680 atau lebih,
kami akan daftarkan keahlian anda secara PERCUMA.

6) Berapakah pembelian minimum yang perlu saya buat setiap bulan?
Di Shaklee, anda tidak dipaksa membuat belian minimum untuk kesinambungan keahlian. Sekiranya
cukup minimum pembelian bulanan, anda layak mendapat cashback, jika tidak cukup, anda
tidak layak mendapat cashback, namun keahlian TIDAK terbatal.

7) Berapakah minimum belian untuk saya layak menerima bonus?
Belian minimum bulanan untuk layak bonus hanyalah lebih kurang RM480 sebulan. Anda boleh
menggunakan ID Shaklee anda untuk membuat belian, juga boleh berkongsi ID anda dengan sahabat &
saudara-mara

8) Bagaimanakah cara untuk saya membuat belian?
Setelah mendaftar, gunakan ID anda untuk menikmati PENJIMATAN harga & CASHBACK.
Belian produk Shaklee boleh dilakukan secara tunai, kad debit atau kad kredit melalui :
1. Belian terus / walk in ke cawangan berdekatan (Shaklee tiada stokis)
2. Pesanan melalui panggilan telefon (menggunakan kad debit / kad kredit sahaja)
3. Belian melalui webpage shaklee2u yang dikhaskan kepada anda (menggunakan kad debit / kad kredit
sahaja)
* Bagi cara 2 & 3, produk akan dihantar terus ke alamat anda dalam tempoh 1-4 hari bekerja.
Caj pos akan dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung) / RM20 (Sabah Sarawak) atau penghantaran
percuma untuk pembelian produk Vivix atau pembelian berjumlah RM800 (Semenanjung) / RM1000
( Sabah Sarawak)

9) Apakah webpage shaklee2u?
Setelah mendaftar, anda akan menerima no keahlian (ID) dan password, ianya digunakan untuk
mengakses webpage yang dikhususkan untuk akaun anda di www.shaklee2u.com.my.

webpage shaklee2u khusus untuk yang pengedar berdaftar Shaklee

Di shaklee2u juga, anda boleh : 
1. Membuat pembelian & barang dihantar terus kepada anda atau customers
2. Menyemak ahli berdaftar di bawah anda
3. Mendaftar ahli baru
4. Mengetahui aktiviti terkini Shaklee Malaysia
5. Menyemak senarai belian bulanan atau bulan-bulan sebelumnya
6. Mengetahu jumlah bonus yang bakal diterima
7. Menyemak jumlah points terkumpul dari pembelian anda

10) Perlukah saya menyimpan stok untuk perniagaan saya?
Ini adalah pilihan anda. Anda boleh menyimpan stok atau meminta Shaklee mengepos terus kepada
pelanggan anda setelah belian dibuat dengan ID anda (sistem dropship)

11) Berapakah bonus yang saya boleh dapat dari perniagaan ini?
Tiada jumlah tertentu yang boleh ditetapkan untuk bonus anda. Ianya bergantung kepada usaha
anda & keluasan rangkaian perniagaan anda. Bonus Shaklee boleh dinikmati serendah 2 angka
sehinggalah ke 6 angka, malah tiada had.

12) Bagaimanakah cara bonus Shaklee dibayar kepada saya?
Bonus tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank anda pada 14 haribulan setiap bulan.
Contohnya, belian sepanjang Januari akan dikira & bonus akan dikreditkan pada 14 Februari.

13) Adakah ganjaran lain selain tunai?
Ya. Shaklee menawarkan 3C - Cash, Car & Convention
1. Cash - Ganjaran tunai meliputi :
# Bonus dari jualan kumpulan
# Untung runcit
# Bonus kepimpinan
# Insentif Coordinator (pangkat)

2. Car
# Apabila kumpulan anda telah berkembang dan mencapai jualan minimum yang ditetapkan,
anda layak menerima tambahan 3% daripada keseluruhan. Ini dikenali sebagai insentif kereta.
Shaklee membayar secara tunai. Terpulang kepada anda bagaimana untuk digunakan


3. Convention

Selain mengumpul uv (unit value) bagi setiap pembelian, anda juga berpeluang mengumpul
mata untuk percutian dalam negara dan antarabangsa. Mata dikira berdasarkan:
i ) Jualan kumpulan ; lebih kurang RM930 menyumbangkan 1 mata
ii) Pendaftaran ahli baru dengan pembelian RM650 ; menyumbangkan 1mata
iii) Penghasilan leader baru. Seorang supervisor (dgn jualan RM9000 sebulan);  20 mata
iv) Kenaikan pangkat ; ni ada jumlah tertentu ikut jadual, semakin tinggi pangkat, semakin banyak mata

Percutian ini terbahagi kepada 2 :
1. Percutian dalam negara
2. Percutian antarabangsa atau Umrah Ziarah bagi Muslim Leader.

Umrah ditawarkan setiap tahun, destinasi percutian lain adalah berbeza mengikut tahun.



14) Jika saya menyertai group Shaklee anda, adakah saya perlu menghadiri mesyuarat pada tempoh 
tertentu?
Tidak. Kami menjalankan online coaching, secara berkumpulan / individu. Perjumpaan offline ada
dijalankan sekali-sekala tetapi ianya tidak diwajibkan. Kami mempunyai leaders dari setiap negeri di
Malaysia dan rata-ratanya berjaya hanya dengan online coaching individu dan melalui support group &
Jutawan kami.

15) Berapa lamakah tempoh masa untuk saya mencapai bonus 4-5 angka?
Ianya bergantung kepada usaha anda. Ada leader yang mencapai 4 angka selepas 1 bulan, 3 bulan,
1 tahun menyertai Shaklee. Ia bergantung kepada individu.

16) Perlukah saya mencari downlines?
Permulaan bisnes Shaklee adalah perkongsian kebaikan produk dari hati & pengalaman anda sendiri.
Tanpa downlines, anda juga boleh mencapai pangkat supervisor & menikmati peratus bonus tertinggi
iaitu 21%. Namun, sekiranya ada antara pelanggan yang ingin menjadi ahli / downline / anak Shaklee
anda, ini adalah peluang untuk anda berkongsi ganjaran Shaklee dengan beliau. 


Sumber
http://www.surijunior.com/

Masih ada pertanyaan? Hubungi
011-25512256
huda
Sooobee

Wednesday, 12 November 2014

Senarai Harga Produk Shaklee


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera semua!

ceria-ceria selalu ye.. =)


Untuk makluman anda.....

Shaklee telah menetapkan bahawa semua pengedar-pengedarnya tidak boleh mempamerkan harga ahli kepada umum.

Maka, berikut adalah senarai harga produk Shaklee yang boleh anda dapatkan di pasaran.

Sekali tengok harganya memang mahal. Tapi cuba tambah tolak darab bahagi semua dengan berapa lama kita boleh gunakannya, haaa.., memang bebaloi kan.. =)

Kalau rasa mahal jugak, boleh daftar sebagai ahli untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah. 

Untuk mendaftar sebagai ahli atau mengetahui senarai harga produk untuk ahli Shaklee, 
sila hubungi saya di
011-2551 2256
sobihud2@gmail.com


Produk Kesihatan
Kod
Keterangan
 Saiz
Harga (RM)
S/Malaysia
 Harga (RM)
Sabah & Sarawak
 Nutrition  
 11004
 Advanced Joint Health Tablet
60
 124.00
 124.00
 10159
 Alfalfa Complex (S)
330
 53.75
 53.75
 10162
 Alfalfa Complex (L)
700
 97.50
 97.50
 10164
 B-Complex
120
 53.75
 53.75
 10113
 CarotoMax®
30
 74.00
 74.00
 10621
 Chewable Vita-C™
90
 37.50
 37.50
 11000
 Collagen Powder
15 Sachets
 298.00
 298.00
 10330
 DTX Complex™
90
 155.00
 155.00
 11003
 ESP Soy Protein Isolate Powder
850g
 150.00
 150.00
 10127
 Garlic Complex
60
 47.50
 47.50
 10620
 GLA Complex
60
 91.25
 91.25
 10622
 Herb-Lax® Tablets
120
 150.00
 150.00
 10163
 Lecithin
180
 52.50
 52.50
 20321
 Meal Shake – French Vanilla
544g
 113.75
 113.75
 10250
 Nutriferon™
30 x 1.2g
 181.25
 181.25
 10236
 OmegaGuard™
90
 136.00
 136.00
 10128
 OsteMatrix™
120
 61.00
 61.00
 10126
 Peppermint-Ginger Plus
90
 45.00
 45.00
 20496
 Performance® – Orange
539g
 82.50
 82.50
 10104
 Sustained Release Vita-C 500mg
180
 92.50
 92.50
 10112
 Vita-E Complex™
120
 149.00
 149.00
 10131
 Vita-Lea Iron Formula
120
 88.75
 88.75
 10100
 Vita-Lea® for Children
65
 48.75
 48.75
 10320
 Vivix™
150ml
 475.00
 475.00
 10417
 Zinc
120
 33.74
 33.74
Cinch Inch Loss Plan
 20345
 Cinch Energy Tea Mix
28 Sticks
 173.00
 181.00
 20339
 Cinch Shake Mix (Canister) – Cafe Latte
15 sv
 173.00
 181.00
 20341
 Cinch Shake Mix (Canister) – Chocolate
15 sv
 173.00
 181.00
 20340
 Cinch Shake Mix (Canister) – Vanilla
15 sv
 131.00
 138.00

Produk Kecantikan
Kod
Keterangan
Saiz
Harga (RM)
S/Malaysia
Harga (RM)
Sabah & Sarawak
 Daily Care
 31751
 Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
4 oz
27.50
27.50
 Skin Care – Nutriwhite
 14583
 Daily Defense Whitening Essence
30 ml
231
231
 14580
 Gentle Action Make-Up Remover
150 ml
95
95
 14581
 Gentle Deep Foaming Cleanser
150 ml
119
119
 14585
 Overnight Renewal Whitening Cream
50 g
225
225
 14582
 Soothing Radiance Whitening Softener
150 ml
138
138
 14586
 Spot Whitening Treatment
10 ml
150
150
 14584
 Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
50 ml
200
200
 Skin Care Enfuselle
 32537
 Balancing Moisturizer
59 ml
83.75
83.75
 50548
 Enfuselle Pump
21.25
21.25
 32540
 Eye Treatment
14 ml
52.50
52.50
 32543
 Hydrating Cleansing Lotion
177 ml
96.25
96.25
 32544
 Hydrating Moisturizer
48 g
97.50
97.50
 32505
 Hydrating Toner
177 ml
78.75
78.75
 32554
 Purifying Cleansing Gel
177 ml
88.75
88.75
 32504
 Purifying Toner
177 ml
78.75
78.75
 00P156
 Enfuselle Basic System Normal – Oily
32554, 32504, 32537, 32540
303.75
303.75
 00P157
 Enfuselle Basic System Normal – Dry
32543, 32505, 32544, 32540
325
325
 Hair Care – Prosante
 31643
 Lightweight Conditioner
296 ml
66.25
66.25
 31697
 Long Lasting Finishing Spray
237 ml
58.75
58.75
 31642
 Nourishing Scalp Treatment
59 ml
93.75
93.75
 31691
 Purifying Shampoo
237 ml
62.50
62.50
 31644
 Replenishing Conditioner
237 ml
67.50
67.50
 32690
 Revitalizing Shampoo
296 ml
66.25
66.25
 00P161
 Prosante™ Hair Care System
31690, 31691, 31643, 31644, 31642
356.25
356.25


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...