Showing posts with label osteoporosis. Show all posts
Showing posts with label osteoporosis. Show all posts

Friday, 6 February 2015

7 Jenis Makanan yang Boleh Mengurangkan Kepadatan Tulang


Sesetengah makanan dan nutrisi tertentu boleh mengurangkan kepadatan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis.

Kita mungkin tahu untuk membina tulang yang kuat kita memerlukan kalsium dan vitamin D. Tetapi kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah daripada pemakanan kita yang betul-betul boleh mengurangkan kepadatan tulang, malah lebih membawa kepada peningkatan risiko osteoporosis.

1.      Terlalu banyak protein mungkin boleh mengurangkan kepadatan tulang
Ya, kita sememangnya memerlukan protein untuk membina tulang yang kuat, tetapi apabila kita makan terlalu banyak protein, badan akan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil sulfat yang boleh menyebabkan kalsium meleleh keluar dari tulang. Kebiasaannya kesan sebegini lebih kerap berlaku apabila anda mengambil  banyak protein haiwan. Baru-baru ini Kajian Kesihatan Jururawat II, yang dijalankan oleh Sekolah Perubatan Harvard, menunjukkan bahawa wanita yang mengambil daging merah dalam diet mereka sekurang-kurangnya 5 kali seminggu lebih cenderung untuk menghadapi patah tulang berbanding wanita yang makan daging merah hanya 1 kali seminggu.

2.     Minuman berkafein
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Toksikologi Sweden mendapati bahawa wanita yang minum 330 miligram kafein atau lebih dalam sehari (bersamaan dengan kira-kira empat cawan kopi) mempunyai risiko keretakan tulang yang tinggi. Risiko ini kerap berlaku kepada golongan wanita yang kurang pengambilan kalsium.

Kajian The Framingham Osteoporosis dalam mengukur ketumpatan mineral tulang dalam tulang belakang dan pinggul terhadap kekerapan pengambilan minuman ringan, para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa cola dan minuman diet cola boleh menyebabkan kerapuhan tulang.

3.     Retinol
Retinol (salah satu bentuk Vitamin A yang bersumberkan haiwan).
Dalam Kajian Kesihatan Jururawat II, penyelidik mendapati bahawa wanita yang mengambil vitamin A dalam dos yang melebihi 3,000 mikrogram (mcg) sehari, dua kali lebih berkemungkinan mengalami keretakan pinggul berbanding wanita yang mengambil 1500 mcg atau kurang dalam sehari.

Walaupun vitamin A perlu untuk pertumbuhan tulang, namun terlalu banyak pengambilan Vitamin A yang berbentuk retinol boleh mengganggu penyerapan vitamin D. Seterusnya, menyebabkan kerapuhan tulang. Vitamin A retinol boleh didapati dalam apa jua makanan yang bersumberkan haiwan (seperti hati, kuning telur dan produk tenusu serta makanan tambahan).

Berbeza pula dengan vitamin A beta carotene, yang terdapat dalam sumber tumbuh-tumbuhan (seperti lobak merah, ubi kentang dan lain-lain), ia tidak dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan tulang.

4.     Natrium
Terlalu banyak natrium (sodium) dalam pemakanan boleh menyebabkan anda mengeluarkan kalsium bersama air kencing dan peluh anda. Natrium biasanya didapati dalam garam dan makanan yang diproses.

5.     Oxalates
Oxalates (satu lagi bentuk garam dalam sesetengah makanan).
Ia boleh menghalang penyerapan kalsium sekiranya oxalates dan kalsium terkandung dalam produk makanan yang sama. Contoh makanan yang mengandungi oxalates adalah bayam dan ubi kentang. Walaupun makanan ini boleh memainkan peranan dalam diet yang sihat, namun ia tidak boleh dianggap sebagai sumber kalsium.

6.     Wheat Bran
Wheat bran merupakan makanan yang dikenali dapat mengurangkan penyerapan kalsium apabila ia dimakan bersama-sama dengan kalsium. Sekiranya anda mengambil makanan tambahan kalsium, makanan yang mengandungi wheat bran hendaklah dimakan dua jam atau lebih sebelum atau selepas mengambil makanan tambahan tersebut.

7.     Alkohol
Minuman beralkohol juga dikaitkan dengan kepadatan tulang yang lebih rendah kerana alkohol boleh mengganggu penyerapan kalsium dan vitamin D. Untuk mengurangkan risiko osteoporosis, anda perlu menghadkan pengambilan alkohol sekali sehari saja. (Orang Islam NO NO NO alkohol ye, jangan mengada-ngada nak cuba-cuba).


Seimbangkan kembali diet dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
Diet yang rendah dalam buah-buahan dan sayur-sayuran manakala tinggi dalam protein haiwan dan karbohidrat, lebih menyumbang kepada kerapuhan tulang yang ketara. Oleh itu, untuk meneutralkan kembali diet, apa yang boleh dilakukan adalah dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh menjadi faktor penting untuk mengurangkan risiko osteoporosis.

Berapakah jumlah kalsium yang diperlukan?


*Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 - 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan oleh orang dewasa.

*Wanita lebih berisiko menghadapi osteoporosis berbanding lelaki

Pilihan saya? 
Semestinya kalsium ini. Bukan sekadar kalsium.
- Semula jadi
- Selamat
- Berkesan
- Halal

Moga mendapat manfaat. 
Salam ceria, Huda... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...