Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, 6 February 2015

7 Jenis Makanan yang Boleh Mengurangkan Kepadatan Tulang


Sesetengah makanan dan nutrisi tertentu boleh mengurangkan kepadatan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis.

Kita mungkin tahu untuk membina tulang yang kuat kita memerlukan kalsium dan vitamin D. Tetapi kita mungkin tidak tahu bahawa ada sesetengah daripada pemakanan kita yang betul-betul boleh mengurangkan kepadatan tulang, malah lebih membawa kepada peningkatan risiko osteoporosis.

1.      Terlalu banyak protein mungkin boleh mengurangkan kepadatan tulang
Ya, kita sememangnya memerlukan protein untuk membina tulang yang kuat, tetapi apabila kita makan terlalu banyak protein, badan akan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil sulfat yang boleh menyebabkan kalsium meleleh keluar dari tulang. Kebiasaannya kesan sebegini lebih kerap berlaku apabila anda mengambil  banyak protein haiwan. Baru-baru ini Kajian Kesihatan Jururawat II, yang dijalankan oleh Sekolah Perubatan Harvard, menunjukkan bahawa wanita yang mengambil daging merah dalam diet mereka sekurang-kurangnya 5 kali seminggu lebih cenderung untuk menghadapi patah tulang berbanding wanita yang makan daging merah hanya 1 kali seminggu.

2.     Minuman berkafein
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Toksikologi Sweden mendapati bahawa wanita yang minum 330 miligram kafein atau lebih dalam sehari (bersamaan dengan kira-kira empat cawan kopi) mempunyai risiko keretakan tulang yang tinggi. Risiko ini kerap berlaku kepada golongan wanita yang kurang pengambilan kalsium.

Kajian The Framingham Osteoporosis dalam mengukur ketumpatan mineral tulang dalam tulang belakang dan pinggul terhadap kekerapan pengambilan minuman ringan, para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa cola dan minuman diet cola boleh menyebabkan kerapuhan tulang.

3.     Retinol
Retinol (salah satu bentuk Vitamin A yang bersumberkan haiwan).
Dalam Kajian Kesihatan Jururawat II, penyelidik mendapati bahawa wanita yang mengambil vitamin A dalam dos yang melebihi 3,000 mikrogram (mcg) sehari, dua kali lebih berkemungkinan mengalami keretakan pinggul berbanding wanita yang mengambil 1500 mcg atau kurang dalam sehari.

Walaupun vitamin A perlu untuk pertumbuhan tulang, namun terlalu banyak pengambilan Vitamin A yang berbentuk retinol boleh mengganggu penyerapan vitamin D. Seterusnya, menyebabkan kerapuhan tulang. Vitamin A retinol boleh didapati dalam apa jua makanan yang bersumberkan haiwan (seperti hati, kuning telur dan produk tenusu serta makanan tambahan).

Berbeza pula dengan vitamin A beta carotene, yang terdapat dalam sumber tumbuh-tumbuhan (seperti lobak merah, ubi kentang dan lain-lain), ia tidak dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan tulang.

4.     Natrium
Terlalu banyak natrium (sodium) dalam pemakanan boleh menyebabkan anda mengeluarkan kalsium bersama air kencing dan peluh anda. Natrium biasanya didapati dalam garam dan makanan yang diproses.

5.     Oxalates
Oxalates (satu lagi bentuk garam dalam sesetengah makanan).
Ia boleh menghalang penyerapan kalsium sekiranya oxalates dan kalsium terkandung dalam produk makanan yang sama. Contoh makanan yang mengandungi oxalates adalah bayam dan ubi kentang. Walaupun makanan ini boleh memainkan peranan dalam diet yang sihat, namun ia tidak boleh dianggap sebagai sumber kalsium.

6.     Wheat Bran
Wheat bran merupakan makanan yang dikenali dapat mengurangkan penyerapan kalsium apabila ia dimakan bersama-sama dengan kalsium. Sekiranya anda mengambil makanan tambahan kalsium, makanan yang mengandungi wheat bran hendaklah dimakan dua jam atau lebih sebelum atau selepas mengambil makanan tambahan tersebut.

7.     Alkohol
Minuman beralkohol juga dikaitkan dengan kepadatan tulang yang lebih rendah kerana alkohol boleh mengganggu penyerapan kalsium dan vitamin D. Untuk mengurangkan risiko osteoporosis, anda perlu menghadkan pengambilan alkohol sekali sehari saja. (Orang Islam NO NO NO alkohol ye, jangan mengada-ngada nak cuba-cuba).


Seimbangkan kembali diet dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
Diet yang rendah dalam buah-buahan dan sayur-sayuran manakala tinggi dalam protein haiwan dan karbohidrat, lebih menyumbang kepada kerapuhan tulang yang ketara. Oleh itu, untuk meneutralkan kembali diet, apa yang boleh dilakukan adalah dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh menjadi faktor penting untuk mengurangkan risiko osteoporosis.

Berapakah jumlah kalsium yang diperlukan?


*Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 - 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan oleh orang dewasa.

*Wanita lebih berisiko menghadapi osteoporosis berbanding lelaki

Pilihan saya? 
Semestinya kalsium ini. Bukan sekadar kalsium.
- Semula jadi
- Selamat
- Berkesan
- Halal

Moga mendapat manfaat. 
Salam ceria, Huda... :)

Thursday, 18 December 2014

Bahaya Ubat Tahan Sakit, Cerita Keluarga


Assalamualaikum w.b.t.

Semoga pembaca sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi cerita menyayat hati yang banyak kali sampai pada telinga saya. Ceritanya tentang meninggal dunia kerana 'bocor' usus disebabkan terlalu banyak/selalu mengambil ubat tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya. 

Saya adalah seorang yang sangat berminat mengkaji, membaca dan mengetahui tentang kesihatan. Jadi banyak lah juga yang saya tahu mengenai penyakit-penyakit, ubat-ubat ni. Tapi sekadar tahu je la. 

Nak dijadikan cerita, bukan cerita rekaan ye, tapi kenyataan yang benar-benar terjadi. Berita tentang meninggal disebabkan usus bocor sekali lagi sampai pada telinga saya. Allah... Kali ini ia terjadi dalam kalangan orang yang saya kenal pula. Bila ditanya apa puncanya, tahu lah puncanya sama juga seperti yang saya pernah dengar sebelum-sebelum ini. Usus bocor kerana terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit/ubat sakit urat

Saya tidak mahu perkara ini berlaku kepada orang yang saya sayang. Sebab saya tahu, ramai juga dalam kalangan keluarga saya yang mengambil ubat tahan sakit, terutama mereka yang telah berusia. Jadi saya perlu mencari alternatif lain sebagai ganti kepda ubat tahan sakit. Mula berjinak-jinak mengkaji tentang nutrisi, dan cuba mencari supplement yang tiada chemical based. 

Ketika itu saya masih baru dalam Shaklee. Jadi masih kurang pendedahan tentang supplementnya. Dan tak terfikir Shaklee ada supplement yang pelbagai. Sehinggalah apabila saya berblogwalking di satu blog ni, (lupa blog mana), ada menceritakan tentang kebaikan serta kandungan produk-produk Shaklee. Dan banyak jumpa testimoni tentang pelbagai penyakit, sembuh dengan mengamalkan supplement Shaklee, segalanya dengn izin Allah. Dan saya membuat keputusan untuk mencadangkan set sendi Shaklee kepada warga emas dalam keluarga saya. 

Alhamdulillah, tak lama selepas itu, ada perubahan yang saya nampak. Tiada lagi yang mengadu sakit urat, sakit sendi, sakit badan bila bangun tidur. Alhamdulillah.. 

Saya bersyukur sangat kerana saya sudah memilih yang terbaik untuk keluarga saya. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini itu berulang lagi. 

Kita mampu merubahnya.. 
Jangan dah jadi baru nak menyesal. 
Menyesal kemudian, dah tiada guna. 
Yang pergi takkan kembali lagi. 

Jika anda sayangkan keluarga anda, bertindaklah sekarang. 
Saya sayangkan keluarga saya, jadi saya pilih Shaklee. 
Saya pun bukan dalam keluarga yang berada, tapi berusahalah kumpul duit, beli sikit-sikit.
Lagipun tahan berbulan-bulan. Ok sangat la. 
Kalau sanggup habiskan duit untuk melawa, takkan tak sanggup korbankan duit sedikit untuk keluarga yang tersayang. Tambah-tambah mereka dah banyak berkorban untuk kita. 
Ingat, keluarga lebih berharga dari segalanya. 

Jika ada Ilmu, Info dan Mentor yang betul, segala impian anda untuk lebih sihat, bebas masalah kewangan dan mempunyai gaya hidup yang diimpikan pasti menjadi kenyataan. InshaaAllah.
Saya ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki tahap kesihatan dan kewangan mereka, ingin memulakan perniagaan Shaklee dan ingin mencapai impian hidup.

Saya sedang mencari 5 orang yang bertuah yang inginkan perundingan 100% PERCUMA dari saya. Jika anda mahu, sila komen di entry ini. Saya akan membantu anda, sepertimana Shaklee telah membantu saya.

Sms/whatsapp saya: 011-25512256
Pm FB: huda huda










Wednesday, 19 November 2014

Saya Sukakan Senaman

Assalamualaikum w.b.t




Anda sukakan senaman? Jom kongsi apa yang anda tahu tentang senaman.
Senaman macam mana yang anda suka lakukan? =)

Mungkin ada senaman yang jarang orang lakukan, tapi anda suka lakukannya. Boleh la kita cuba-cuba. hehe. 

Apa tu senaman?
Rasanya semua dah maklum macam mana rupa senaman tu kan. Tapi, takpelah saya kongsikan kat sini apa tu senaman, secara ilmiah nya. =)

Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan, dirancang dan dilakukan berulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan kesihatan dan tahap kecergasan. 

Terdapat beberapa jenis senaman yang akan saya kongsikan di sini. Yang saya tahu dan sedia maklum la. Kalau ada lagi tambahan, lagi baik. =)

1) Senaman Isometrik

Senaman ini lebih tertumpu kepada kekuatan otot. Contohnya gerakan menolak dinding dengan sekuat tenaga sambil menahan nafas. 

2) Senaman Isotonik

Gerakan yang membuatkan otot mengembang dan mengecut. Contohnya, angkat berat, berlari, berjoging, berenang, berbasikal, push up, sit up dan lain-lain. Dalam melakukan senaman-senaman ini adalah lebih baik dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana untuk menghasilkan otot yang tahan, kekuatannya harus dibina terlebih dahulu. Contohnya dengan melakukan sit up bermula dengan 5 kali. Setelah 3 kali senaman, berpindah kepada 7, 8, 9 kali dan sebagainya. Senaman ini dapat meningkatkan kekuatan otot, ketahanan dan kelenturannya serta ketahanan jantung. 

3) Senaman Isokinetik

Melakukan senaman dengan mengangkat atau menggerakkan halangan dengan arah dan gerakan tertentu seperti yang dilakukan menggunakan alatan di gymnasium. 

4) Senaman Aerobik

Melakukan senaman dengan menggunakan oksigen yang disedut sepenuhnya dari peparu dalam tempoh masa tertentu. Maksudnya senaman yang dilakukan tanpa henti dalam masa 15 hingga 30 minit. Contohnya menari aerobik, berjalan laju, mengayuh basikal dengan kayuhan tetap dan sebagainya. Senaman ini sangat bermanfaat untuk kecergasan jantung. 

Bagaimana pula pendapat anda tentang senaman yoga? 
Sebagai umat Islam, bolehkah kita mengamalkannya? 

Bukak minda, fikir-fikirkan. Ingin sekali saya mengetahui pandangan dan pendapat pembaca budiman sekalian. Terima kasih.. =) 

Tuesday, 18 November 2014

Cara Atasi Asma?

Sebelum ni saya ada kongsikan beberapa info mengenai asma. 


Ada ke cara lain nak atasi penyakit asma ni? 
jawapannya, Ye, Ada!. =)


Perubahan pemakanan dapat meredakan dan banyak membantu untuk mengatasi gejala serangan asthma. Menurut Alan Gaby , MD, alahan makanan yang tidak dikenalpasti adalah satu faktor penyumbang kepada sekurang-kurangnya 75% daripada pesakit asma kanak-kanak dan kira-kira 40% daripada pesakit asma dewasa. "Pada awal tahun 1959, Albert H. Rowe , MD, seorang perintis dalam bidang alahan makanan, berjaya merawat 95 orang pesakit asma dengan perubahan pemakanan sahaja ," kata Dr Gaby .

Tetapi Apakah Jenis Makanan Dan Makanan Tambahan Yang Boleh Membantu Menenangkan Gejala Asma…???

Sebenarnya Memang Ada. Perlu diingat asma adalah satu keadaan keradangan, jadi pastikan diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan anti-radang seperti Omega-3, iaitu minyak ikan. Penyelidik menulis dalam Jurnal Pemakanan Klinikal Eropah berkenaan penyelidikan yang melibatkan Penyakit Asma dan Omega-3 menyatakan, " suplemen minyak ikan boleh bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembukaan saluran udara." Dan penyelidikan antarabangsa di dalam Jurnal Tuberculosis dan Penyakit paru-paru mendapati peningkatan penggunaan ikan dan pengambilan Omega-3 secara umum dapat mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat asma.

Antara lainnya ialah Pengambilan Vitamin C oleh penghidap asthma dengan kadar yang mencukupi. Tahukah anda bahawa pengambilan rendah Vitamin C daripada makanan atau makanan tambahan boleh membawa kepada peningkatan risiko untuk asma..?? Satu kajian 2005 yang dilakukan oleh penyelidik dari Institut Penyelidikan Asma dan Alahan di Australia mendapati kepekatan vitamin C dalam darah penghidap asma adalah jelas lebih rendah. Satu artikel kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition membuat kesimpulan, "tanda-tanda asma yang berterusan di kalangan orang dewasa menunjukkan peningkatan. Ini adalah kerana mereka terdedah kepada udara alam sekitar dan penurunan Vitamin C."

Jadi mereka yang mengalami asma memerlukan Vitamin C yang lebih tinggi daripada orang biasa. 1 hingga 2 gram Vitamin C amat berguna melalui kajian yang telah dijalankan. Tahap ini juga berguna untuk mereka yang mengalami alahan atau lebihan pengeluaran histamin.

Antara makanan yang tinggi Vitamin C adalah seperti lada (hijau dan merah), kale, brokoli, kubis brussels, jambu, jus oren @ anggur, pic, oren dan strawberi.

Mengikuti diet Mediterranean telah menunjukkan kawalan asthma dapat dipertingkatkan, mungkin kerana kandungan Omega- 3 dan Vitamin C yang tinggi.


Walaupun anda mungkin tidak dapat sepenuhnya untuk menghapuskan gejala asma dengan makanan, anda boleh dapatkannya melalui Makanan Tambahan Shaklee kerana telah terbukti dan mempunyai fakta bahawa pengambilan yang lebih tinggi Omega-3 dan Vitamin C selain daripada makanan (buah-buahan terutama segar), makanan tambahan pasti boleh membantu.

Sama-sama kita membina kualiti hidup.
Sihat luaran dan sihat dalaman.

Anda adalah seorang yang bijak, jika anda bertindak untuk mengambil makanan tambahan ini untuk diri anda dan mereka yang anda sayangi.

Sayangi diri dan mereka yang tersayang. =)

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang asma dan supplemen nya.
Sedia membantu anda. =)

Anda mengalami masalah asma?


Assalamualaikum w.b.t

Di sini saya ingin kongsikan beberapa info tentang asma. Mungkin ramai yang dah tahu dan lebih tahu. Siapa yang ada tambahan info, boleh la tambah untuk perkongsian dan manfaat kita bersama. =) 

Asma ni apa sebenarnya?
- Ia adalah penyakit paru-paru.
- Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.
- Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas.
- Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.
- Keradangan menyebabkan lapisan mukosa membengkak, lebih banyak dihasilkan untuk bertindak sebagai palam mukus dan otot mengecut. Ini menyebabkan lumen saluran pernafasan sempit dan sekaligus menyebabkan kesukaran bernafas

Siapa yang berisiko menghidap asma:
- Jika seseorang dalam keluarga anda menghidap asma (keturunan).
- Anda mempunyai jangkitan dada yang teruk semasa kecil.
- Ahli keluarga anda mempunyai reaksi alahan atopi (yang bermakna anda boleh mewarisi tindak balas hiper-responsif kepada alahan).
-Terdedah kepada perengsa secara berterusan
Bagaimana untuk mengetahui anda menghidap asma?
Anda mungkin menghidap asma bronkial jika :
- batuk yang berulang
- Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.
- Keturunan anda menghidap asma atau alahan.
- Anda mengalami gejala ini jika anda terdedah kepada perengsa atau keadaan tertentu.

Bagaimana mengawal asma?
- Fahami masalah anda. Dapatkan nasihat doktor walaupun anda berjumpa doktor dengan ibu bapa anda. Libatkan diri anda dalam pengurusan penyakit asma anda.
- Ketahui pencetus asma anda. Ketahui punca anda mendapat serangan asma seperti terdedah kepada asap rokok, cuaca sejuk atau panas yang melampau, tekanan, melakukan senaman berat atau makanan atau pewarna yang menyebabkan alahan.

Bagaimana untuk menghindari pencetus serangan asma?
1) Perengsa/Asap:
-Berhenti merokok
-Minta ahli keluarga untuk berhenti merokok
-Jangan benarkan orang lain untuk merokok di sekeliling anda, rumah dan dalam kereta anda walaupun anda tidak berada di dalamnya. Debu asap mungkin melekat pada perabot atau kerusi kereta. Menghidunya boleh mencetuskan serangan
-Elakkan menggunakan bahan kimia yang berbau kuat
-Elakkan berada di tempat yang berlakunya pembakaran terbuka
Alahan
2)Bulu haiwan:
-Pastikan haiwan peliharaan anda diletakkan di luar rumah
-Hama : Gunakan penutup kalis habuk untuk bantal dan tilam, keluarkan -permaidani dari rumah atau vakum secara berkala
-Lipas : Gunakan racun serangga, simpan makanan dan sampah di dalam bekas tertutup
-Acuan : Sentiasa menjaga kebersihan rumah Betulkan paip yang bocor. Gunakan alat penyahlembap udara.
-Debunga : Elakkan menghidu bunga atau elakkan keluar pada musim bunga
3)Ubat-ubatan
Kenal pasti ubat-ubatan yang menjadikan anda sensitif
4)Senaman
Dapatkan nasihat doktor anda sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti sukan yang berat
5)Jangkitan/refluks
Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan berkaitan jangkitan/refluks
6)Tekanan emosi
Lakukan senaman bagi mengurangkan stress. Dapatkan rehat secukupnya

Fahami mereka yang menghidap asma. Jangan abaikan mereka. Bantuan orang sekeliling amat perlu bagi penghidap asma.

~Happy Sharing~
moga sama-sama dapat manfaat =)

Friday, 17 October 2014

Hipertensi dan Rawatan Alternatif

Assalamualaikum w.b.t.

Tahukah anda tumbuh-tumbuhan herba yang berada di sekeliling kita bermanfaat untuk pelbagai jenis penyakit, antaranya adalah penyakit hipertensi atau darah tinggi. Ianya mampu mengatasi atau mengurangi darah tinggi ke tahap normal.
Di sini, saya ingin kongsikan resepi rawatan alternatif bagi mereka yang mengalami penyakit ini.

Resepi 1
Menggunakan karkade. Karkade adalah sejenis teh yang berasal dari kelopak bunga karkade yang dikeringkan, atau ia lebih dikenali sebagai bunga roselle. Antara nama lainnya adalah hibiscus sabdariffa dan merambos. Ia digunakan seperti minuman teh.

Karkade yang telah dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh

Resepi 2

Minum 40g minyak zaitun atau olive oil setiap hari. Ia boleh menurunkan risiko terkena hipertensi, menaikkan kadar kolesterol yang bermanfaat dan menurunkan kadar kolesterol yang merbahaya.

Amalkan meminumnya setiap hari. Boleh juga dijadikan sebagai minyak masak
Resepi 3

Titiskan beberapa titisan minyak jintan hitam (habbatus sauda') pada minuman panas. 

Minyak habbatus sauda'

Resepi 4

Sup bubur gandum barli (talbinah) diyakini mampu menyembuhkan hipertensi. Beberapa kajian menegaskan bahawa pengambilan makanan-makanan yang mengandungi unsur potasium boleh melindungi risiko terkena tekanan darah tinggi. Gandum sebagai bahan utama bubur mengandungi unsur potasium yang boleh memberi keseimbangan antara garam dan air di dalam sel.

Sup talbinah

~happy reading~
Selamat mencuba

Tuesday, 14 October 2014

Anda Mengalami Hipertensi?

Assalamualaikum w.b.t.


Kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak info tentang hipertensi. Hipertensi atau lebih dikenali dengan tekanan darah tinggi adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam arteri yang melebihi 140/90 mmHg. Secara umum, hipertensi ini merupakan suatu keadaan di mana tekanan yang abnormal tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya risiko terhadap stroke, serangan jantung dan lain-lain. 

Apakah penyebab keadaan begini berlaku?

(i) Arteri besar kehilangan kelenturannya dan menjadi kaku, sehingga tidak dapat mengembang ketika jantung mengepam darah melalui arteri tersebut. Oleh itu, darah pada setiap denyutan jantung dipaksa untuk melalui pembuluh yang sempit daripada biasanya dan ini menyebabkan naiknya tekanan. Keadaan ini biasa terjadi pada mereka yang lebih berusia di mana dinding arteri telah menebal dan kaku.

(ii) Bertambahnya cairan dalam rembesan juga boleh menyebabkan meningkatnya tekanan darah. Ini terjadi jika terdapat kelainan fungsi karang sehingga tidak mampu membuang sejumlah garam dan air dari dalam tubuh. Isipadu darah dalam tubuh meningkat sehingga tekanan darah juga meningkat. 

Selain daripada ini, terdapat beberapa lagi penyebab lain berlakunya hipertensi. 


Apakah gejala-gejala hipertensi?

Mereka yang mengalami hipertensi biasanya sering mengalami pening, muka merah, sakit kepala, hidung tiba-tiba berdarah dan tengkuk terasa tegang.

Apakah saranan bagi pesakit hipertensi?

Hipertensi boleh dianggap sebagai faktor terpenting yang membawa risiko terkena pelbagai penyakit jantung dan pembuluh darah. Orang yang berisiko terkena hipertensi adalah mereka yang mengalami berat badan berlebihan, tekanan mental atau stress. Risiko hipertensi juga mengancam orang yang banyak mengambil makanan-makanan yang banyak garam. Oleh itu, bagi mereka yang mengalami hipertensi perlulah:

(i) Mengurangi berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan perlulah menjaga berat badan yang sesuai.


(ii) Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta menjauhi makanan-makanan berpengawet.


(iii) Mengurangkan penggunaan garam dalam masakan dan tidak menambahkan garam pada makanan sewaktu makan. 


(iv) Berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan-makanan berikut kerana kandungan garamnya yang tinggi; jus tomato yang diawet, mentega bergaram, daging-daging yang diawet, keju-keju kuning dan keju-keju putih yang bergaram, kentang segera yang ditambah garam.



(v) Rajin melakukan senaman, terutamanya jogging. Ia adalah terapi yang baik sekaligus dapat mencegah penyakit-penyakit lain juga.



Disemak oleh:
Fadzilah binti Mohd Ariff
Ketua Jabatan  Kimia Pusat Asasi UIAM


Untuk mengetahui apakah resepi rawatan alternatif bagi penyakit ini, ikuti post saya yang seterusnya.

~ Happy Reading ~ 
Amalkan gaya hidup yang sihat. 
Hargailah nikmat sihat sebelum datangnya sakit.

Monday, 13 October 2014

Resepi Rahsia Rawatan Sakit Gigi

Entri ini adalah sambungan pada entri sebelum ini, iaitu Sakit Gigi? Jangan Cabut!

Ada berbagai-bagai penyebab seseorang itu mengalami sakit gigi seperti gigi berlubang atau faktor usia tua yang menyebabkan keterlepasan gusi dari gigi dan meninggalkan akar-akar gigi dalam keadaan terbuka sehingga ia menjadi sensitif dengan panas dan sejuk.

Radang gusi (gingivitis), terutama yang menyebar ke struktur penyangga gigi, atau disebut periodontitis, juga menyebabkan rasa sakit yang tidak terkira. Ada pula sakit gigi yang disebabkan oleh "wisdom tooth" yang tidak tumbuh secara normal, melainkan terpendam di dalam rahang sehingga menyebabkan rasa sakit yang tidak tertahan. Dalam beberapa kes, susunan gigi yang tidak teratur kadang-kadang boleh menyebabkan rasa sakit. 

Oleh itu, antara bahan-bahan utama bagi resepi ini adalah yang datangnya dari tumbuhan-tumbuhan herba seperti mulberi, bawang putih, pokok siwak (ara) dan cengkih. 

Sekarang saya ingin kongsikan beberapa resepi terapi yang boleh digunakan bagi mereka yang mengalami masalah sakit gigi. 

Resepi 1

Bahan: 
Kapas dan minyak cengkih

Cara Penyediaan dan Penggunaan:
Apabila seseorang itu rasa sakit pada gigi, hendaklah segera berkumur dengan air suam beberapa kali untuk menghilangkan semua sisa-sisa makanan yang ada di celah-celah gigi geraham yang berlubang. Setelah itu, letakkan sedikit kapas kecil di lubang tersebut setelah dicelup di dalam minyak cengkih.

Resepi 2

Bahan:
Biji binga matahari

Khasiat Perubatan:
Biji bunga matahari mengandungi zat florida yang bermanfaat untuk mencegah kerosakan gigi (yang boleh menimbulkan sakit pada gigi).

Resepi 3

Jangan gunakan ubat analgesik (pereda sakit / tahan sakit) seperti aspirin dan novalgin dengan meletakkannya ke dalam gigi yang berlubang. Ini adalah kerana ubat-ubat ini akan membakar jaringan-jaringan lembut di dalam gigi dan boleh menimbulkan banyak masalah.

Resepi 4

Bahan:
Air

Cara Penggunaan:
Berkumur atau tuam dengan air suam atau sejuk. Yang terbaik adalah berkumur menggunakan air suam dan tuam dengan sesuatu yang sejuk di bahagian gigi geraham yang sakit.

Resepi 5

Bahan:
Bawang merah

Cara Penyediaan dan Penggunaan:
Sediakan 1 ulas bawang merah yang telah dikupas dan ambil separuh lalu letakkan pada tempat yang terasa sakit, InsyaAllah rasa sakit itu akan segera hilang. Jika sakit berlaku di seluruh bahagian rahang, maka letakkan satu ulas bawang merah pada rahang tersebut.

Resepi 6

Bahan:
Jintan hitam (habbatus sauda')

Cara Penyediaan dan Penggunaan:
Gunakan rebusan biji jintan hitam sebagai ubat kumur gigi, dan makan satu sudu sebelum sarapan pagi dan telan dengan air suam setiap hari. Sapu tekak dengan minyak jintan hitam dari luar dan gosok-gosokkan pada gusi dengan minyak tersebut dari dalam.

Khasiat: Menagatasi pelbagai masalah gigi dan tekak. 

Selamat Mencuba!

Happy reading, happy sharing





Sunday, 12 October 2014

Sakit Gigi? Jangan Cabut..

Assalamualaikum w.b.t.


Sakit gigi adalah antara sakit yang boleh mengganggu seluruh aktiviti seharian

Pagi ni saya nak kongsikan ubat-ubat alternatif bagi merawat masalah sakit gigi. Ramai antara kita yang mengalami masalah sakit gigi terus merujuk pada klinik pergigian. Bukanlah ia suatu yang tidak bagus, namun sebolehnya jadikanlah rawatan hospital sebagai langkah penyelesaian yang terakhir. Keadaan ini mungkin adalah kerana masyarakat kita pada hari ini kurang didedahkan atau kurang mengetahui rawatan-rawatan alternatif atau rawatan tradisional yang menggunakan sumber alam yang Allah SWT kurniakan seperti herba-herba dan tumbuhan yang berada di sekitar kita. 

Kenapa saya lebih menggalakkan rawatan alternatif? 

Ini adalah kerana sekiranya masalah sakit gigi dirujuk pada hospital atau klinik pergigian, antara penyelesaiannya mungkin gigi akan dicabut. 




Inilah yang dirisaukan dan perlu dihindari. Mengapa?

Tahukah anda setiap gigi kita memainkan peranan penting dalam menyebut sesuatu perkataan atau huruf. Jika hilang satu, maka hasil percakapannya juga akan ada sedikit celanya. Begitulah juga betapa pentingnya peranan gigi dalam menuturkan kalam Allah. Dalam menuturkan sesuatu kalam ada makhrajnya, iaitu tempat keluarnya. Indahnya ciptaan Allah SWT yang menciptakan sesuatu dengan fungsi yang sangat baik. Sebagai contoh huruf-huruf yang berkait rapat dengan penggunaan gigi dan memainkan peranan yang sangat penting adalah:

ث ، ذ ، ظ       : Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan ke hujung gigi kacip atas
ت ، د، ط        : Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kacip atas
ص ، ز ، س    : Hujung lidah diletakkan di belakang gigi kacip bawah
ن                  : Hujung lidah ditekan ke gusi hadapan
ر                  : Belakang hujung lidah dilengkungkan ke gusi hadapan
ل                  : Sisi tepi bahagian hadapan lidah (kiri / kanan) ditekan ke gusi hadapan
ض                : Sepanjang sisi tepi lidah (kiri / kanan) ditekan ke geraham atas



Tidak percaya? 

Cubalah sebut satu persatu huruf-huruf di atas ini. Benarkan? Semuanya memerlukan gigi untuk menyebutnya dengan sempurna. 

Terdapat pelbagai sifat sakit gigi. Ada yang sakit atau rasa ngilu terus menerus, dan ada yang baru merasa sakit apabila makan atau minum sesuatu yang panas atau sejuk. Apakah penawarnya selain dari rawatan di klinik?

Untuk mengetahui resepi penawar sakit gigi, ikuti post saya yang seterusnya. Sayangi gigi anda. Ia adalah aset yang amat bernilai dalam kehidupan. Hilangnya tiada ganti. 



~ Happy Reading ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...